Bahan dan Alat pembuatan

Fungsi Bahan dan Peralatan
Tradisional

Gergaji


Alat ini sering digunakan oleh para pemburis untuk memotong kayu. Menggunakan peralatan ini memang di akui ianya mengambil masa yang lama untuk memotong sekeping papan.

Alat ini di gunakan untuk mereka bentuk papan-papan dan kayu-kayu yang hendak di jadikan buris, jiak, carok dan bahagian-bahagian yang lain.

Beliung


Kapak


Alat ini di gunakan untuk memotong kayu, terutama untuk membentuk papan jiak, tajuk dan tempat untuk menyimpan enjin perahu(kondisi).

Menggunakan alat ini boleh menghaluskan lagi permukaan papan dalam pembuatan perahu. Alat ini boleh memperlihatkan kehalusan pembuatan sesebuah perahu tersebut. Kekurangan alat ini adalah ianya mengambil masa dan tenaga dalam menyiapkan sesebuah perahu.

Katam Tangan

Sapit Bakau



Alat ini di gunakan ketika pemasangan buris. Adanya alat ini boleh menempatkan penyusunan buris di tempat yang tepat dan sempurna.


Sebelum adanya sapitan moden informan telah mereka bentuk sapitannya sendiri untuk memudahkan proses menaikkan buris. Fungsi nya juga sama degan sapitan bakau.

Sapit buatan sendiri
Moden

Sapit Moden atau Sapit Besi

Setelah zaman semaki moden kini para pemburis telah boleh mendapatkan sapitan moden. Ini memudahkan pekerjaan mereka. Fungsinya juga sama dengan sapit-sapit lain.

Ini adalah alat yang mengalami perubahan mengikut perubahan zaman. Alat ini sama fungsinya dengan katam tangan tetapi degan alat ini ianya menjimatkan tenaga dan masa.

Mesin Katam

Mesin Grind

Alat ini juga berfungsi untuk menghaluskan permukaan papan agar kelihatan cantik setelah di sapukan gum ke permukaan papan. Alat ini akan menghaluskan permukaan papan supayan memastikan tidak kelihatan gum dan paku.



 Mesin penampik ini serupa fungsinya dengan gergaji. Alat ini di gunakan untuk menampik atau memotong papan dalam pembuatan perahu ketika ini. Alat ini juga boleh menjimatkan masa dan tenaga seorang pemburis perahu.


Mesin Penampik

Blower

Alat ini pula berfungi sebagai penghapus habuk-habuk kayu di kawasan perahu yang di buat atau membersihakn kawasan tempat memburis perahu. Meurut informan pada zaman dulu hanya menggunkan guni beras untuk membersihakan habuk.

Alat ini digunakan untuk memudahkan Pemburis untuk memasukan paku atau screw dalam pembuatan sesebuah perahu. Pemburis akan mengunakan drill sedikit ke arah di mana paku itu hendak di masukan ini adalah untuk mengelakan papan itu pecah atau retak.

Mesin Drill

Sipatan

Menggunakan alat ini adalah untuk memastikan pemotongan sekeping papan itu di potong rata dan tidak ada kecacatan. Alat ini berfungsi sebagai penanda garis untunk pemotongan kayu.

Paku dan Pasak ini di gunakan untuk menyatukan papan-papan supaya teguh dan tidak akan bercerai berai. Perbezaan antara paku dan pasak adalah pasak tidak mempunyai kepala seperti yang anda lihat di gambar yang tertera.

Paku dan Pasak

Pembaris dan Square besi


Kedua-dua alat ini digunakan untuk membuat sukatan dalam penyusunan papan yang hendak di pasangkan paku. Ianya juga digunakan sebagai sukatan untuk pemotongan papan.


Alat ini digunakan untuk memasukkan pasak(paku tidak berkepala) ke paras yang dalam untuk pemerosesan gum.

Pemanci

Tukul



Alat ini memang sudah kita ketahui ianya digunakan untuk pemasangan paku dan pasak. Alat ini adalah antara peralatan terpenting di dalam memburis perahu.

Pen ini juga berfungsi sebagai penanda sepertimana fungsi sapitan. Perbezaannya adalah sapitan akan di gunkan dalam pemotongan papan yang panjang dan pen dalam pemotonagn papan-papan yang pendek.

Pen

Penimbang ayer


Alat ini digunakan untuk memastikan perletakan papan dalam pembuatan perahu ini seimbang atau rata. Ini adalah untuk memastikan bentuk perahu yang dibuat ituu kelihatan sempurna.

Ini adalah bahan yang penting sebagai penyempurnaan perahu yang di hasilkan. Adanya bahan ini akan membuat perahu yang di hasilkan menarik dan berwarna-warni sesuai dengan keinginan pelanggan.

Cat warna