Memburis perahu ini biasanya diusahakan oleh penduduk yang tinggal di Kampong Ayer, terutamanya di Kampong Setia, Kampong Saba dan beberapa buah kampong yang lain. Brunei telah banyak menghasilkan berjenis-jenis perahu, masing-masing dengan bentuk dan keadaannya. (Awg. Alimin Bin Haji Abd. Hamid, Budaya Bangsa, Dewan Bahasa & Pustaka, Brunei, 1989). Antara perahu-perahu yang terdapat di Brunei ialah seperti:
Di atas adalah gambar dan keterangan mengenai Perahu Layar yang digunakan oleh penduduk Kampong Ayer pada ketika dulu.
|
Perahu Layar Tambang |
Perahu ini mempunyai buris dan bentuknya pula hampir serupa dengan Perahu Bidar yang membezakannya adalah dari segi ketinggian perahu. Perahu ini menggunakan kain dan angin untuk bergerak ke distinasi yang hendak di tuju. Pada ketika dulu perahu ini di gunakan sebagai penghubung orang Kampung Ayer.
|
Perahu Layar Turun |
Perahu ini memang serupa dengan Perahu Layar Tambang tetapi berbeza dari segi ukurannya. Perahu ini juga menggunakan kain dan angin untuk bergerak ke distinasinya. Pada kebiasaannya perahu ini digunakan untuk menangkap ikan.
|
Bidar | |
Perahu ini mempunyai lunas dan berburis. Perahu ini hampir serupa dengan Perahu Padian, dan jumpung.
Carok perahu Bidar adalah tajam dihujungnya manakala carok perahu Padian adalah membulat dihujungnya. Pada dahulunya bidar yang berukuran kecil ini digunakan oleh Pengalu.
|
Bidar Pekayuhan |
Bidar perkayuhan ini pada kebiasaannya digunakan untuk pergi ke tempat-tempat yang jauh dan perahu jenis ini boleh memuatkan 50 orang penumpang.
|
Tongkang Belayar atau Belarai
|
Perahu jenis ini mempunyai layar dan biasanya digunakan untuk membawa barang-barang jualan seperti buah-buahan ketike dahulu.
|
Perahu Temuai Tradisional |
Perahu jenis ini ada yang berburis dan ada yang tidak. Bentuk perahu ini panjang dan tidak lebar. Perahu ini mempunyai kondisi menyimpan enjin. Kebiasaannya perahu ini di gunakan sebagai pengangkutan dan juga kegunaan nelayan.
|
Perahu Temui Moden |
Perahu ini adalah Perahu Temuai Moden. Kita dapat lihat perbezaannya dengan Temuai Tradisional. Paling ketara Temuai Tradisional tidak mempunyai atap. Temuai Moden ini juga mempunyai tempat duduk penumpang. Kegunaan perahu ini kebiasaanya untuk menjemput guru-guru yang bertugas di sekolah-sekolah di Kampong Ayer ataupun untuk membawa pelancong-pelancong.
|
Perahu Pemukat(Bagung) |
Biasanya perahu ini tidak berburis, ianya diperbuat daripada batang yang dikorek dan mempunyai kondisi (tempat menyangkutkan enjin). Perahu jenis ini selalunya digunakan oleh nelayan.
|
Perahu Pelauk |
Perahu Pelauk ini adalah sama dengan perahu Tambang, tetapi yang membezakan adalah perahu Pelauk tidak mempunyai tempat duduk berbanding dengan perahu Tambang. Perahu Pelauk mempunyai penutup lantai. Jika dialihkan papan lantai itu kegunaannya adalah untuk menyimpan hasil penangkapan.
|
Perahu Tambang |
|
Perahu ini mempunyai papan lunas dan berburis. Buritannya pula mempunyai tempat untuk menyangkutkan iaitu kondisi. Perahu ini menggunakan enjin yang berkuasa tinggi. Pada ketika ini perahu ini digunakan sebagai pengangkutan air, penghubung orang dan sebagai pendapatan orang-orang kampung ayer. Pada masa sekarang telah banyak jenis-jenis perahu motor tambang mengikut perubahan zaman. Memang di akui motor tambang ini banyak berkhidmat pada orang ramai di negara ini.