Pada masa ini, pengunaan pengangkutan air masih memainkan peranan yang penting, namun tidak sepenting seribu atau ratusan tahun yang silam. Jika dulu, pengangkutan air merupakan keperluan asas bagi penduduk-penduduk di Kampong Ayer dan hampir semua rumah mempunyai perahu, sekarang ianya bergantung sepenuhnya dengan pengunaan perahu-perahu tambang. Kegiatan memburis perahu juga sudah mula dilupakan berbanding dengan perahu-perahu kontemporari yang kian berkembang.
Dalam peredaran zaman yang semakin moden ini, sudah setentunya teknologi juga semakin berkembang dan semakin canggih. Teknologi-teknologi baru muncul dan menggantikan teknologi tradisional yang mana menjadikan perusahaan perahu menjadi lebih produktif. Di samping itu juga teknologi-teknologi moden ini membantu menjimatkan dari segi tenaga dan masa berbanding dengan teknologi tradisional yang terdahulu. Teknologi baru juga membantu menghasilkan sebuah perahu yang lebih sempurna dan tahan lama berbanding dengan pembuatan tradisional.
Bagi pengkaji, kegiatan memburis perahi ini adalah melambangkan identiti masyarakat Kampong Ayer yang patut dibanggakan dan dipertahankan. Kita sebagai warga negara ini harusnya berbangga dengan adanya warisan turun temurun memburis perahu yang telah lama wujud di negara ini. Oleh itu belia-belia kita lah yang menjadi harapan bangsa bagi mewarisi ilmu memburis perahu supaya tidak luput ditelan zaman.