Proses Pembuatan


  
Sebelum proses memburis perahu bermula, segala kelengkapan telah disediakan dan papan kayu mesti kering. Proses pertama ialah membuat lunas bersama dabal dalam. Dilantur di tempat khas membuat perahu. Selepas itu barulah proses menaikkan buris pertama. Buris pertama ini ialah memasang papan kayu di kedua-dua belah, untuk mencorak ‘kebisaian’ perahu. Selepas itu proses memasang  jiak (dinamakan menjiak satu) dihadapan (lihat gambar 1). Selepas selesai memasang jiak, barulah dilakukan proses menaikkan buris kedua.



Selepas selesai menaikkan buris kedua, barulah memasang jiak (digam) dan kondisi (tempat menyangkutkan enjin). Selepas selesai barulah menaikkan tunggul ketiga (sehinggalah seterusnya mengikut tempahan).



Setelah habis buris, proses menutuh/meratakan buris dilakukan. Selepas itu proses memasang tajuk di kiri dan kanan. Selepas itu proses menghalusi bahagian dalam kemudian barulah dicat (ikut citarasa penempah). Selepas itu proses memasang Linggi (lihat gambar 2) barulah memasang kayu panjang (perantaraan memasang lantai) (lihat gambar 3). Selepas itu proses memasang papan tong tangki (ikut besar tangki yang digunakan) (Lihat gambar 3). Lepas itu proses memasang lantai.



Selepas itu proses mengorban/memasang tutup, tutup caruk seterusnya tutup siring (lihat gambar 4) barulah memasang dinding angin. Setelah selesai, dilakukan proses memasang tempat duduk barulah proses menutup tangki kemudian proses memanci paku disaluti dengan gam. Selepas itu proses menghalusi baru proses memvarnish. Selepas itu, proses menterbalikkan perahu untuk menyaluti gam diantara perapatan buris dan lepas proses menghalusi dilakukan lagi.



Sebelum proses mencat dilakukan, dilakukan pemeriksaan ke atas perahu tersebut untuk memastikan semua perapatan disaluti dengan gam untuk mengelakkan air masuk ke dalam perahu. Selepas selesai, baru dicat perahu itu dan memasang besi dan kemudian diterbalik kembali (atau kata orang Brunei dilayahkan balik) perahu tersebut dan dihalusi lagi bahagian didalam. Setelah semuanya selesai barulah mengulur.


Gambar 1








Gambar 2






 

Gambar 3








Gambar 4