Simbolik dan Ekpresif


Simbolik (Petua dan Pantang larang)

  • Dalam memasang tajuk, adanya petua yang diamalkan oleh pemburis perahu iaitu tajuk itu dikira mengikut ‘pulut’, ‘panggang’ dan ‘lalat’. Pemasangan tajuk hendaklah berakhir dengan ‘pulut’ ataupun ‘lalat’ tidak boleh berakhir dengan ‘panggang’ kerana membari kuasa kata orang tua-tua dan memberi malas.
  • Tidak boleh tidur didalam perahu (perahu yang belum siap, masih dalam proses pembuatan).
  • Pasak (paku yang tidak berkepala) tidak boleh bertemu, mesti berselisih. Kata orang tua-tua kalau bertemu, mudah terlanggar.

  • Proses menutuh juga, caroknya tidak boleh terlampau tunduk, kata orang tua-tua kalau terlampau tunduk, kelihatan seperti orang mati atau mayat. 


Ekspresif (Pembuatan dan Bahan)
 
Dalam proses memburis perahu, pemburis akan melakukan langkah-langkah yang tersusun rapi. Ini sangat unik kerana dalam memburis perahu atau pembuatan perahu di negara ini tidak memerlukan perancangan yang tercatat(Plan). Semua ilmu pembutannya terletak pada kemahiran dan minda si Pemburis. Seseorang pemburis itu mementingkan kehalusan dalam hasil kerja mereka. Ini sudah pasti hasilnya sangat memuaskan bagi pelanggan mereka.



Setelah sesebuah perahu itu berjaya di hasilkan. Pemburis akan memastikan tiada kecacatan atau kekurangan yang ada terhadap hasil kerja mereka itu. Jika mereka mendapati ada kecacatan atau kekurangan mereka akan memperbaikinya jika tidak mereka akan berasa kecewa terhadap diri mereka sendiri selain mengecewakan pelanggan mereka.



Pemilihan bahan yang digunaka membuat perahu juga sangat penting. Dalam pemilihan papan atau kayu pemburis lebih memilih kayu yang tahan lama seperti Kayu kapur dan Kayu Meranti. Pada kebiasaanya kayu meranti menjadi pilihan dalam pemburisan perahu ketika ini. Pemilihan kayu ini memainkan peranan penting dalam penghasilan sesebuah perahu kerana ianya akan menjamin ketahanan perahu itu sendiri.