Pemasaran



Pemasaran memburis perahu masih lagi wujud pada masa ini walaupun bilangan pengusahanya berkurangan. Pada masa ini masih terdapat banyak tempahan terutama dari orang ramai dan pihak kerajaan mahupun sektor swasta. Perusahan memburis perahu masih lagi dijalankan secara persendirian biasanya di Kampong Ayer.



Perusahan memburis perahu ini hanya dipasarkan di pasaran tempatan dan belum ada tempahan yang datang dari luar negara. Perusahaan ini memang memperolehi pendapatan yang sangat lumayan. Biasanya penetapan harga sesebuah perahu itu berpandukkan dengan sukatan-sukatan yang telah di tetapkan. Sebuah perahu yang di jual akan mencecah ribuan ringgit Brunei.



Perahu Tambang yang berukuran kecil biasanya akan dijual 1 kaki berjumlah BND$200 dan yang berukuran besar pula 1 kaki BND$250 ringgit. Pendapatan dari penjualan sebuah Perahu Tambang berukuran kecil hampir mencecah BND$7000 dan perahu yang berukuran besar pula lebih kurang BND$8000. Secara keseluruhannya, harga perahu tambang dijual dengan harga sekitar BND$6000 hingga ke BND$8000.



Tempahan yang sering diterima dari pihak kerajaan adalah pihak Polis, Ambulans dan Badan Pelancongan di Negara ini. Pada kebiasaannya perahu yang di tempah berukuran besar, mempunyai atap dan pemutar roda untuk mengendalikan perahu. Pada kebiasaannya pihak kerajaan akan menempah lebih dari sebuah perahu dan sudah setentunya pengusaha akan mendapat keuntungan yang lumayan kerana perahu yang sering di tempah oleh pihak kerajaan berjumlah BND$8000 atau lebih.