Informan


Informan 1
Pengkaji telah menemui seorang anak tempatan yang juga seorang pemburis perahu. Beliau ialah Awang Haji Nordin Bin Haji Buntan, berusia 43 tahun, tinggal di Kampong Setia ‘A’, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Pekerjaan tetap beliau ialah Pegawai Bomba. Beliau sudah berpengalaman dalam membuat perahu lebih dari 25 tahun.

 Kemahiran atau kepandaian beliau dalam pertukangan memburis perahu adalah hasil dari pengamatan atau pemerhatian sejak kecil dengan memerhatikan ayahnya membuat perahu, serta penglibatan beliau dalam membantu ayahnya dalam menyiapkan perahu. Beliau tidak mempunyai apa-apa rujukan dalam membuat perahu, tetapi hanya bersandarkan ilmu yang dilihatnya dari ayahnya sejak kecil lagi serta penglibatan beliau dalam membantu ayahnya menghasilkan perahu.

Perahu yang biasa dibuat oleh Awang Haji Nordin ialah jenis perahu tambang, temuai dan perahu pelancongan. Tetapi beliau juga boleh membuat jenis perahu yang lain tetapi perahu yang biasa ditempah oleh orang ramai dan yang dihasilkan ialah tiga jenis perahu yang telah dinyatakan oleh pengkaji. Bagi satu perahu, beliau boleh menyiapkannya dalam masa dua minggu dengan dibantu seorang pekerja. Ahli keluarga beliau juga kadang-kadang turut membantu sama.

Kayu yang biasa digunakan oleh Awang Haji Nordin untuk membuat perahu ialah ‘Kayu Meranti’ dan ‘Kayu Kapur’, tetapi yang biasa dan selalunya digunakan ialah ‘Kayu Meranti’. Beliau sendiri akan memilih dan mengambil papan kayu tersebut untuk membuat perahu.

Sebelum memulakan kerja memburis, terlebih dahulu disediakan ‘sandaian’ iaitu tempat melakukan kerja memburis perahu. Untuk memburis sebuah perahu, Awang Haji Nordin akan menyediakan perkakas terlebih. Beliau tidak akan meminjamkan pekakas atau peralatan beliuau kerena ianya sering beliau gunakan seharian. Beliau berpendapat jika beliau meminjamkan peralatannya kepada orang mungkin akan mengganggu rentak pembuatan sesebuah perahu tersebut.

Informan 2
Haji Jalil bin Haji Luba, berusia 70 lebih tahun, tinggal di Kampong Setia’A’. beliau juga mahir dalam pembuatan perahu, dari perahu yang bersais kecil yang untuk perhiasan dirumah hinggalah kepada perahu yang bersais besar. Kebanyakan orang ramai lebih suka menempah perahu yang bersais kecil untuk dijadikan sebagai perhiasan diruang tamu. Harga bagi setiap perahu untuk perhiasan diruang tamu adalah tetakluk kepada sais perahu yang penempah inginkan. Beliau juga sudah beberapa kali dijemput untuk menyertai beberapa pameran yang dikendalikan oleh pihak-pihak yang tertentu untuk mempamerkan kemahiran hasil buatan perahu beliau. Beliau juga sudah pernah dua kali diundang oleh Radio Televisyen Brunei (RTB) dalam ramcangan Rampai Pagi.

Kepada mereka yang ingin menempah perahu yang bersais kecil untuk dijadikan perhiasan diruang tamu, awda boleh menjumpai Awang Haji Jalil.