Tujuan dan Objektif


Kajian ini secara umum bertujuan untuk mengkaji teknologi yang digunakan dalam pembuatan atau memburis perahu dengan memberi focus kepada perubahan yan berlaku terhadap bahan dan alat binaannya.
Dalam usaha untuk mencapai tujuan ini, beberapa objektif telah dirangka, antaranya:


  • Untuk mengetahui dan memastikan tentang kewujudan pengusaha memburis perahu di kalangan masyarakat Kampong Ayer.

  • Untuk menganalisis secara khusus bahan dan alat yang digunakan dalam pembuatan perahu dengan mengambil kira kepada perbezaan antara yang tradisional dan moden.

  • Untuk mengnal pasti proses pemburisan perahu yang dilihat dari segi tempoh, jenis dan nilai yang terdapat di dalamnya.

  • Untuk megetahui cabaran dan masa depan pemburisan perahu.